Daisypath - Anniversary

Wednesday, 17 August 2016

Reunion SKBK Brayan 1987 (1994-1999)

Hari tu sebelum raya (tak silap aku) kengkawan sekolah rendah buat group whatsapp. So dalam tu memang plan nak buat reunion. Rasenye ade kawan yang lebih 17 tahun tak jumpe. Yela, dah 17 tahun meninggalkan alam sekolah rendah.

Kalau yang muka agak same, tu masih boleh cam dan ingat nama lah. Kalau yang muka tu lain dek kematangan ke ataupon keawet muda tu memang susah nak cam. Aku lah paling kesian. Ramai kengkawan tak berapa nak ingat aku. Maybe mase sekolah dulu aku low profile, fizikal agak pendek. Sekarang memang totally different. Kohkoh.

Sebelum ni memang ade buat mini reunion ni. 2 kali aku pergi. Time tu buat kat rumah salah seorang budak sekolah tu. Kalini macam gempak sikitlah, buat kat dewan sekolah tu sendiri. Kali ni memang ramai yang join. Hasil tertubuhnye group whatsapp tu, so dapatlah kumpulkan dan information tersebar dengan jayanya.

Terima kasih pada AJK yang uruskan reunion ni. Ikot kan aku macam tak join, yela masih dalam pantang keguguran. Walaupon dah kerja macam biase, tapi reunion ni waktu malam, sejuk, macam tak sesuai untuk orang berpantang kan. Tapi sebab nak tunjukkan tanda sokongan aku join jugak, last minit bagi nama kat Farhana. Hehehehe.

So aku pergi malam tu bawak Ziyad je. Zahrain tinggal dengan papa. Sebab Zahrain ni spesial kes sikit. Hehehhe. Sekolah tu kan macam-macam story. So elakkan lah bawak Zahrain ni. Hihihi.

Aku gerak sekali dengan jiran sebelah rumah aku. Die pon bawak anak satu je. Ngam lah.

Sesampai je, kene menapak naik ke dewan. Ziyad kemain suka lah die. Die kan suke bende-bende kat sekolah tu. Nampak menarik. Ade bendera sane sini. Kemain suka sangat die.

Ade cikgu-cikgu yang datang memeriahkan majlis. Paling best Cikgu Tukirah, die kenal aku. Eh memula die tak kenal. Die tanye ni name sape? Aku jawab Zuraidah. Die jawab ooo yang duduk jalan rebong tu ye, terharu nya die ingat aku. Huhuhuhu.

Pukul 11 lebih dah gerak balik. Ziyad dah mengantuk.

So aku harap event macam ni dapat diteruskan lagi. Cume nextime, kene ikot tentatif program lah. Sebab malam tu start lambat, maybe nak tunggu jemputan datang kot. Bagi aku, kalau dah umur macam ni, semua dah beranak pinak, bebudak susah nak stay lame, so kene start program sharp. Kesian dengan anak-anak yang dah mengamok nak balik tu semua. Hehehhe. Anak aku mujur baik je. Kalau bawak Zahrain tu semput jugak tu. Heheheh. Zahrain dah besar nanti ami bawak pergi sekolah okay.


 
 
 
 
 
 
Hahahhaha. Yang banyak pic bebudak ni je haa. Ziyad dan Raiqah. Ami dah tua. Segan nak amik pic bebanyak.
 

Friday, 5 August 2016

3rd Pregnancy : Miscarriage~

Takde rezeki kali ni. Eh ade rezeki, rezeki 11 minggu baby ade dalam rahim ami. Alhamdulillah. Cuma nya ami takde rezeki nak besarkan awak :'(

Tapi ami dah redha dah. InsyaAllah.

Hari tu 14 June 2016 (9 Ramadhan) aku dapat tau aku pregnant. Lepas pening dan muntah, pergi klinik doc cakap aku gastrik. Eh macam motif nye aku nak gastrik ni. Macam pelik. Ahahahha. Malam tu hasben ajak pergi beli UPT, esoknya pagi nak bangun sahur, aku cek dulu. Alhamdulillah double line :)


Genap 8 minggu, pergi klinik untuk pastikan aku benar-benar pregnant. Nak pengesahan dari Doc. Mencarik jugak klinik sebab nak cari klinik yang ade scan dan Doc perempuan. Dah lah pergi malam, sampai tertidur anak-anak ami. Sampai je klinik ni, dah takde orang. Alhamdulillah, cepat je Doc panggil. Mase tu anak-anak semua dah bangun sebab kene angkat bawak masuk klinik. Mase Doc scan terus nampak kantung :')


Bebudak mamai. Bile ami tanye tu lah adik baby. Semua senyap je taknak layan ami. Cehh. Doc cakap heartbeat tak clear, tapi die cakap normal sebab masih awal. Mase tu tak rase risau pon, sebab masih awal kan. Then nak balik tu baru bebudak ni cergas sebab ade mainan kat situ. Hihihi. Comel betol.

Macam biase, laki aku dah warning (manja-manja) gituu, tak bagi aku puasa. Sebab aku pernah ade history pregnant dan berpuasa dulu. Admit hospital 4 hari. Hehehhe. So, okay fine, aku tak puasa. Lagi pon Zahrain masih menyusu badan. 

Slow-slow jugak nak wean off kan Zahrain ni. Tapi bukan mudah. Aku pon tak sampai hati. Cumenye aku dah tak mengepam dah. DF tu masih lagi.

Sampailah 16 July 2016 (11 Syawal) tetiba keluar coklat-coklat bercampur keputihan. Ingatkan sebab stress semalam kat tempat kerja. Memang stress pon. Dengan budak opis aku yg suka diam dan tak bagitau pape kalau ade info. Aku jadi geram sebab aku nampak bodoh bile tak tahu. Bile tanye die boley jawab lupe nak bagitau. Aku macam tak gemar jawapan tu. Sebab itu je alasan die guna. LUPA. Dah lah tak mintak maaf ape pon. Geram sangat rasa. End up, aku yang kene. So aku memang patut stress kan?

So, aku rest je lah hari sabtu tu, tak pergi mane sangat. Cume petang tu pergi open house rumah makcik aku then pergi majlis bertunang kawan aku. Tak banyak pergerakan pon. Esoknya ahad, masih keluar jugak, makin pekat. Tapi aku tak leh rehat, sebab aku ade exam kerja kat uitm. Settle je, balik then pergi wedding jiran dengan open house sepupu. Pastu balik rest. Tapi masih rase tak sedap hati. Hasben pulak ade kerja petang tu.

So aku decide nak ke klinik lah, sebab rasa tak best. Tak tunggu hasben balik pon, ajak mak teman, menggagau carik klinik ade scan & doc perempuan. Huhuhu. At last jumpe jugak. Doc tanye macam biase, darah banyak ke sikit ke, pekat ke ape ke. Then Doc ajak scan, mase tu Doc dah mula buat muka. Oh, sedihnya. Doc terus explain, sepatutnya mengikut kiraan, kandungan awak 10w3d. Tapi scan ni tunjuk besar kantung cuma 5w je. Then takde heartbeat dengan bentuk baby pon. Sedihnya dengar T_T

Then doc bagilah kata-kata semangat supaya kuat. Then Doc tanye ade angkat bende berat ke? ape ke? Aku jawab takdelah, kebetulan time tu Zahrain nak panjat mesin penimbang. Pastu aku pon angkat lah die. Doc terus tegur, eh awak dukung anak tu pon tak boleh sebenarnya. Huhuhu. Then aku tanye, BF boleh sebabkan gugur ke? Then doc cakap kemungkinan. Tapi die tak mengiya kan. Then aku jawablah, saya dah mula nak stopkan BF ni, alih-alih kandungan saya tak menjadi, rasa ralat lah doc. Pastu Doc jawab, eh jangan lah macam tu, lagi pon anak awak dah besar kan. Jangan ade perasaan macam tu ye. Mase tu air mata dah berderai dah. T_T

Pastu doc nasihat, kalau dalam masa 2 minggu janin tak keluar, terus pergi ke hospital. Then Doc ade bg advice, kalau nak bagi keluar try makan nenas muda.

Balik rumah, nangis lagi. Then hasben balik kerja, tanye nak pergi klinik tak? Padahal aku dah pergi dah pon, cuma tak bagitau die. Then aku tak jawab terus nangis. Hasben tanye kenape ni. Terus jawab, tak payah pergi, baby ami dah takde dah. Huhuhu. Terus hasben peluk. Yeke ami, sabar ye. Die nampak cool je. Maybe sebab die tak nampak mase Doc scan tu.

Esoknya, aku kerja macam biase. Mula lah menggoogle pasal kes aku ni. Siap wasap kengkawan yang ade pengalaman keguguran. Alhamdulillah, banyak info diorang bagi.

Tapi aku jadi 50-50 sebab google ade jugak pengalaman yang kandungan mengecil, then lepas 2 minggu diorang scan baby ade dan ade heartbeat lagi. Same dengan aku, 11 weeks. Kebetulan, bini kawan hasben aku pon macam tu. Siap bleeding macam period, 4 klinik pergi semua cakap takde heartbeat dan baby tak menjadi. Entah kenape die rase baby ade lagi, die tunggu 2 minggu then buat 4D scan, memang baby ade siap heartbeat lagi. Aku macam dapat satu semangat.

Keesokan malam, aku pergi klinik lain pulak, Hasben ade time ni. Doc scan, sumpah aku tak nampak pape pon kat skrin. tak jelas langsung scanner die ni. Cap Ayam ke ape. Hasben cakap pon tak nampak. Doc just cakap takde heartbeat, tapi die tak cakap aku keguguran, die cuma cakap maybe period cycle aku tak menentu, so kandungan masih kecik dan tak nampak hertbeat lagi. Sangat positif Doc ni. Die bagi aku 2 minggu, then datang jumpa die balik. 

Masih bleeding, pergi kerja dengan takde perasaan. Sekali sekala keluar darah coklat setebal jari kelingking. Huhuhu. Semangat pon makin hilang. Hari rabu tu, aku pergi jumpa tukang urut. Die ni memang mengurut aku mase pregnant kan dan bersalinkan Ziyad dan Zahrain dulu. Aku suka die ni. Saje mintak die tenggok baby ade lagi ke tak. Die pegang perut, die cakap masih terasa kantung ni, insyaallah ade lagi. Then die cakap kalau dah takde takpelah, nanti die keluar sendiri. Terus rasa bersemangat balik. 

Jumaat Sabtu Ahad masih bleeding lagi. Rasenye makin pekat. Mood aku sesangat stress. RAsa nak marah je. Serba serbi tak kena. Anak-anak lah jadi mangsa. Huwaaa. Kesian, asyik kena marah je. Zahrain first time aku rotan kaki die. Puncanya, die nak tengok handphone aku. Aku bagi, pastu die cakap nak tu nak tu, aku tunjuk lah satu-satu video kanak-kanak dalam tu. Die cakap bukan -bukan. Sambil nangis. Geram pulak aku ni, itu ini salah. Then aku cakap, dah lah tak payah tengok HP, minum susu tidur jum. Die pergi baling HP tu sampai kene bibir aku, terus berdarah. Huwaaa. Menyirap ni, terus ambik rotan, rotan tapak kaki die. Sambil cakap, biase sangat buat ami macam ni, melalak lah budak tu. Terus baring atas katil. Ziyad masuk bilik terus peluk adik die. Touching ami. Sambil Zahrain nagis terus tertidur. Aku pon menangis je haaa. Mujur ade Ziyad yang lembut baik tu pujuk aku, lap air mata aku. Terus redha kemarahan. Menyesal? Sangat menyesallllll. Huwaaa. Time ni rase macam apesal lah laki aku kerja sabtu macam ni, duduklah rumah jage anak-anak. Nampak tak, semua bende jadi tak kena. Istighfar Zuraidah.

Serius aku macam takde mood langsung. Nak senyum pon susah. Cuma ahad tu aku dah plan nak buat makan-makan sikit sempena besday Zahrain. Cuma jemput adik beradik dengan sedara sebelah rumah je. Yela, tengah tak sihat kan. Buat yang termampu. Janji buat untuk gendut boy ami tu. Tak masak banyak pon, just buat Bihun Sup, Goreng nugget, Kek budak gendud tu je laa. 

Lepas potong kek, aku rase nak berjalan. Kebetulan kawan sekolah ade buat openhouse. Terus ajak hasben pergi. Melantak makan lah aku. Time tu dah rase sakit pinggang dah. Just cakap kat hasben kalau betul baby nak keluar, ami nak makan puas-puas dulu lah. Nanti ami kene pantang :p

Malam tu, start pukul 1 pagi dah mula sakit. Sebenarnya aku tak boleh tidur, padahal hujan. Patutnye sedap je tidur tu. Tapi tak boleh. Huhuhu. Pukul 1 pagi sampai 4.30 pagi merengek sakit pingang (contraction) . Hasben dah tolong urut. Sampai tertidor die urut. Huhuhu. Sakit wey. Then aku rase macam nak meneran. Terus hasben pimpin bawak pergi bilik air. Haaa. kat situ lah aku meneran. Push, keluar seketul daging, sebesar penumbuk. Terus hilang sakit. Then hasben basuh-basuh letak daging tu dalam bekas. Aku try nak bangun, tapi rase macam sakit datang lagi, then hasben soh baring dan teran lagi, push keluar seketul daging kecik sikit daripada yang tadi. basuh-basuh simpan dalam bekas. Terus rasa lega dan hilang segala kesakitan. Siap boleh jalan macam biase.

Baring, try nak tidur sebab letih sangat. Tertidur. Bangun pukul 7 pagi. Wasap kawan opis bagitau nak MC. Pukul 10 pagi pergi klinik, siap bawak 2 ketul daging tadi. Time ni pon masih menitik air mata lagi. Ape hasben buat semua pon aku terasa. Padahal die just main HP mase menunggu giliran tu. Aku dah terasa dan menangis. Huhuhu. Sentap sangat diri ini.

Doc panggil masuk. Oh ni Klinik yang same bagitau kandungan aku tak menjadi. Cuma Doc berlainan. Then doc cek tekanan darah tu semua, tanye itu ini. Then doc nak tengok ketulan daging. Doc just tunjuk yang tu bentuk kepala, yang ni bentuk mata. Oh sebaknya rasa hati. menitik lagi air mata. Doc cakap kejadian tak sempurna lagi. Kemungkinan baby da stop membesar mase 8 minggu. Oh, patutlah tak nampak sangat rupa baby. Tapi aku yakin baby tu lelaki.

Then Doc scan, die just tunjuk da memang kosong, just ade ketulan darah sikit melekat. Upsss. Tapi doc cakap bende tu akan keluar sendiri. Tak perlu DNC (cuci). Syukur alhamdulillah. Then doc bagi la kate-kate nasihat sikit, pastu die bagi 2 hari je MC. Apekah?? Keguguran kot. Die cakap kalau tak okay 2 hari tu, datang mintak MC lagi. Aduuhaii Doc, Doc jugak suruh berehat tadi kan, bile masenye saya nak ke klinik Doc lagi semata-mata nak ambik MC. Dukacita betul.

Aku terus wasap kengkawan yang pernah keguguran, depa cakap biase dapat seminggu. Kalau kena cuci dapat 2 minggu. Musykil la Doc ni. Hmmm.

Dalam kereta, hasben ajak pergi hospital. Aku macam takut kene cuci. Aku cakap kalau Doc nampak darah tertinggal tu camne? Habis ami kene cuci. Takmauu. Pastu hasben sedapkan hati. Sebelum cuci mesti die mintak kebenaran papa dulu. Takkan papa nak bagi kebenaran pulak. Okaylaaaa. kite pergi hospital. Redhaaa.

Sampai hospital tunjuk janin, Doc belek-belek. Then ambik tekanan darah tu semua. Lepastu Doc scan. Detail scan, melalui perut dan faraj. Pastu Doc cek bukaan faraj. Yang ni seram. Ahahhaha. Yang scan melalui faraj tu tak sakit langsung. Doc cakap memang ade ketulan darah sikit. Doc, cucuk ubat kecutkan rahim then rest selama 4 jam. Bestnya dapat baring senang lenang selama 4 jam. Siap dapat makan lagi. Sedapnya dapat tidur merehatkan badan. Hasben tunggu. Hihihihi. Lebih 4 jam dah sebenarnye. Pastu Final scan, Doc cakap boleh balik. Hoyeahhh. Bestnye. Doc bagi MC seminggu. Tak payah mintak, memang Doc bagi. Siap cek detail lagi. Baguss. 

So advice, sesiapa yang keguguran better pergi hospital untuk detail check up dan free of charge (government hospital). Alhamdulillah.

Bermula lah pantang. Macam pantang bersalin tu. Cuma bezanya mak aku tak manja kan sangat. Sob Sob Sob. Berbengkung, berpilis, berparam bagai. Makan pon jaga. Berurut 3 hari berturut-turut. Sedap rasa badan ni. Lepastu start makan jamu.

Pengalaman. Tak rase takdelah pengalaman nak cerita kat orang lain. Insyaallah ami redha. So, Doc cakap after 3 months dah boleh pregnant balik :p






Monday, 1 August 2016

Zahrain Anaqi 2 Tahun ^_*

Alhamdulillah. Anak bujang ami dah dua tahun dah. 22 Julai 2016 haritu. Kite potong-potong kek 24 Julai, sehari sebelum ami keguguran. Dapat jugak ami happykan awak sebelum ami berpantang. Hihihi.

Budak kecik gundut tu dah besar dah die. 

Sedikit throwback kelahiran die. Aku dapat tau pregnantkan Zahrain, mase Ziyad berumur 11 bulan lebih. Lagi beberapa hari nak 2 tahun. Happy, sebab memang tak merancang pon. Rezeki Allah nak bagi. Alhamdulillah. Tapi aku tak checkup kat KK. Sebab masa nak buat buku, kene marah dengan nurse sebab tak jarakkan anak 2 tahun. Aku merajuk sebab kena marah, terus checkup swasta. Hehehhe. 

Semuanya baik-baik belaka. Pregnantkan die, dengan Ziyad makin melasak, husband kerja on call, duduk rumah sewa. Semuanya okay. Pernah jatuh tergolek mase kejar Ziyad lari. Time tu pregnant 6 bulan lebih. Hahahha. Lucu sangat.


Patutnye Zahrain keluar secara ceaser. Sebab kamu sonsang dik. Tak boleh duduk diam. Sampai sekarang ni. Hihihi. Alhamdulillah 40 weeks tepat, kamu keluar. Senang. Berdesup je keluar secara normal. Kamu memang budak yang ami tak dapat nak jangka. Ade je kejutan. Hihihihi.


Besar kan kamu agak dramatik. Lepas bersalin ami tak kerja, duduk rumah, Papa problem kerja. Stop kerja TM die tu. Sebab claim lambat sangat. Then, kite pindah rumah nenek (mak ami). Ami dapat kerja. Papa pon dapat kerja. Same-same besarkan anak-anak. Kamu ni agak manja+cengeng. Almaklumlah, anak susu ibu. Manjang nak ngempeng. Sejujurnya, ami kurang tidur, tak boleh kurus (sebab asyik lapar). Hahahha. Tapi ami ta kisah, sebab awak sangat bijak. Cepat belajar. Lagi-lagi ade abang yang selalu tolong ami "jaga" awak. Hehehhehe.

Bawah setahun, Zahrain paling banyak mengalah, segala mainan awak Ziyad yang punye. Yela, awak belum pandai nak berebut. Sekarang? Semuanya awak yang punye dik. Semua dik. Mengalah sokmo abang kamu tu. Hihihi. Ayat pasrah abang "semua adik punye, asyik-asyik abang yang kalah, bile adik nak kalah?" Hahahhaha. Time berebut, suara Zahrain paling kuat. Cakar mencakar tu dah biase. Hahahhaa. 

Banyak sangat kenangan. Pasal nak wean off awak pon sangat dramatik. Tapi semua tu kenangan. Untuk ami ceritakan balik bila awak dah besar nanti.

Alhamdulillah, sempat sambut birthday awak secara kecil-kecilan. Sorry sebab hadiah lambat. Sebab ami dalam proses berpantang. Tu pon ami lenjan kan je keluar cari hadiah awak. Hihihihi. Takpe, ami is kuat macam awak Zahrain.

Ami sayang Zahrain Anaqi dunia akhirat. Ami halalkan segala susu yang ami bagi untuk awak ye sayang. Maaf kalau ami ade kekurangan, marah-marah tu semua. Emosi ami tak berapa nak stabil. Tapi ami suka cium leher kamu yang masam tuuu.












Sebenarnya taktau nak select gambar mane yang terbaik. Time ni ami tak berapa sihat. Papa dok handle bebudak supaya tak menjahanamkan kek. Ami tukang amik gambar. Berdua sepakat taknak duduk diam. Dapatlah buat makan-makan sikit. Ami masak Bihun Sup dengan goreng nugget. Okay lah tu kan. Hihihihi. Setahun sekali kan sayang


Sebelum terlupaaa. Jage bebaik hadiah birthday awak tuu. Asyik mengacau basikal abang je kan. Nahhh, jangan berebut dengan abang lagi okay. Promise !




Kepada abang tak jadik (hikhikhik) ami mintak maaf sebab terpaksa wean off kan awak. Ami tau susah sangat awak nak tinggalkan candu awak ni. But, amazing, lepas ami bleeding then doctor advice ami dan bagi nasihat sikit kat awak, tetiba awak sendiri yang stop taknak susu dah. How i miss the time tiap malam awak selak baju ami. Ohhhhh. I love u So Much Zahrain Anaqi. Cukuplah 2 tahun susu ibu untuk awak ye sayang. 
Love~ami.

Tuesday, 12 July 2016

Selamat Hari Raya 2016 :: Syawal 1437H :)

Alhamdulillah raya ke lima bersama husband. Raya ke empat bersama Ziyad dan Raya ketiga bersama Zahrain.

Tapi maaflah, raya tahun ni ami agak tidak bertenaga. Cepat penat, cepat mengantuk, cepat marah pon ade. Ahahahha.

Tapi ami gaghkan jugak nak bagi anak-anak ami happy bahagia menyambut Hari Raya.

Tahun ni Zahrain dah paham ape itu Hari Raya, siap boley nyanyi lagu raya lagi. Dah pandai main bunga api, sampai rambut terbakar sikit. Kekekekek. Dah pandai salam sambil ucap hari raya. Heheheh. Bermakna betul bile dua-dua anak dah paham pasal raya ni. Mulut pon dah menceceh sangat. Macam Abg Ziyad. Hihihihi.

Ziyad pulak terlebih paham makna raya. Yela, die dah 4 tahun sambut raya. Tapi tahun ni die terlebih raya. Sakan sangat dengan bunga api. Tok Chu dengan Pak long nya pon melayan sangat budak tu dengan bunga api. Dah habis berapa ringgitlah belikan diorang bunga api plus mercun. Papanye pon ade lah belikan sikit mercun yang tuju ke langit tu. Die kate raya takde mercun tak best. Yelaa tu. Ami ni setakat mercun pop pop tu rajin lah nak melayan. Tu pon buat sepah lantai rumah nenek. Huhuhuhuuu. Sikit-sikit nak bunga api Ziyad ni. Pastu ajak beraya manjang ajak balik. Ade je alasan die. Nak tengok kartun lah, mengantuk lah, penat lah. Haishhh. Menguji betul Ziyad ni.

Zahrain lain pulak, die walaupon pemalu, tapi die enjoy beraya. Die tak buat hal time kat rumah orang. Mood baik je sepanjang beraya ni. Kalau mengantuk ke penat ke just duduk kat pangkuan papa. Takde merengek ape pon. Goodboy sangat. Harap tahun akan datang pon macam tu ye. Hehehhehe. Cuma satu je je lah yang payah die ni. Sokmo taknak ambik gambar. Mendenya dik. Raya setahun sekali. Bagilah buat kenangan sikit. Ni pakai sampin songkok leklok, di bukaknye. Tu hampir taknak pakai baju melayu die tu, nasib die nampak papa dgn Ziyad pakai baru die redha je ami sarungkan. Ahahahha.

Tahun ni warna tema Kuning Diraja. Hihihihi. Asalnye kitorang memang plan nak kaler kuning. Pastu aku macam rase susah nak carik, nak tukar Emerald Green tu, Papa pulak taknak. Alhamdulillah baju Papa dan anak-anak senang nak carik. Ade kat PKNS tu. Harga pon murah. Kualiti kain cantik. Bebudak tu tahun ni agak lame lah berbaju melayu. Tak rimas. Kire rase berbaloi beli sebab diorang pakai lama baju tu.

Baju aku yang payah nak carik. Almaklumlah, badan mengembang. Ade yang dah berkenan, tapi takde size. Ade yang dah cantik, size ngam, harga die makk aii, geleng kepala. Huhuhuhu. At last jumpe lah baju kaler same sebijik dengan baju papa dan anak-nak kat Jalan Taiping Klang. Basah ketiak weyy memalam redah Jalan Taiping tu. Orang macam semut hurung gula. Ramai gilaaaa. Tapi aku suka. Kate meriahnya raya kan. Bebudak alhamdulillah okay je walaupon sampai ke pukul 12 malam tawaf tempat tu. Kikikiki. paling best dapat borong jeans bebudak tu RM50 dapat 4 helai. Wahhh. Jimat banyak ni. Kualiti pon cantik. Mane lah nak jumpe brother tu lagi lepas ni. Lupe nak mintak no tepon. Kikikiki.

Harini start kerja, mood masih ke laut lagi ni. Hahahaha. Rindu sangat dengan bebudak tu. Hampir seminggu ami tak kerja, memasing bawah ketiak ami. Kene marah dengan ami, kene peluk dengan ami, kene gigit dengan ami, kene gomol dengan ami. Harini rasa sayu je nak pergi kerja tadi. Alahaiii. Rasa dah besar sangat diorang ni.Tak menguji kesabaran ami tu tak sah. Ami je kadang kurang sabar. Huwaaa. Nak menangis kadang fikir. Hihihi.



 







SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN 
DARI
NORAKMAL
ZURAIDAH
ZIYAD AMRIZQI
ZAHRAIN ANAQI

**Tahun ni berempat. Insyaallah tahun depan berlima**


Monday, 20 June 2016

Salam Ramadhan

Alhamdulillah 9 Ramadhan haritu aku dapat berita gembira. Berita nak tambahkan umat Allah S.W.T. 

Syukur Alhamdulillah.

Semoga dipermudahkan semuanya. Aamin.

Ziyad dan Zahrain kene behave selalu okay. 

Mujur memasing dah besar.

Siap dah paham ape yang berlaku. Hehehehe.

Tuesday, 24 May 2016

Breastfeeding

Serasenya tak pernah lagi share pasal BF (breastfeeding) dalam ni. Tapi sebab nak abadikan kenangan untuk anak-anak bace di suatu nan hari nanti. Ekekekek. So ami share la kat sini ye.

Alhamdulillah Zahrain masih menyusu badan ami. Umur die sekarang setahun 10 bulan 3 hari. Berbaki lagi dalam 2 bulan nak completekan penyusuan susu ibu 2 tahun. Rezeki Zahrain Anaqi. Tahniah pada ami sebab berjaya melalui pelbagai rintangan. Banyak rintangan die. Tapi rintangan susukan Zahrain tak sehebat rintangan susukan Ziyad. Huhuhu.

Nak cerita pon rase sedih. tapi takpelah, rezeki anak lain-lain kan. Dulu mase mengandungkan Ziyad, dah sematkan dalam hati nak susukan Ziyad dengan susu ibu selama 2 tahun, setiap hari cakap dengan mak dan papa pasal benda ni, aku macam taksub sangat dengan BF ni. Macam aku tak pandang dah susu lembu or susu kambing lain. Sebab aku nekad. Walaupon aku zero knowlege pasal susu ibu. Dah lah tak pernah pergi kelas langsung, baik antenatal Class ataupon kelas menyusukan. Tak amik tau pon. Just bace-bace orang share pasal susu ibu kat FB dan Blog saje.

Tapi tu lah, kite kan hanya merancang, tapi tuhan sebaik-baik perancang. Ziyad lahir je, die dah kene naik tingkat atas untuk pemerhatian sebab die keluar melalu vacum. So ami dapat tengok die sekejap je. Memang tak sempat nak menyusukan die langsung. Kitorang terpisah lebih dari 15 jam. Lepas je aku bersalin, Ziyad kene masuk wad baby, then aku masuk wad bersalin, rase lemah sangat, tak boleh nak bangun even hati aku tertanya-tanya camnelah anak aku, tak nyusu, takde aku kat sisi die. Papa je yang dapat naik, tu pon tak boleh nak ambik gambar. sebab banyak wayar kat badan die. T_T

Semalaman aku tak boleh tidur. Asik-asik tanye nurse, anak saya minum ape kat atas tu, nurse jawab ibu jangan risau, baby ade yang jaga. Pastu aku tanye, susu camne, pastu die suruh aku pam, nanti die pass kat nurse atas tu. Gigih aku mengepam, tapi susu tak keluar pon. Sedih tauuu. Sedih sangat, dah la sakit bersalin, anak jauh, susu taknak keluar, pastu kene tunggu husband datang esok pagi baru boleh jumpa Ziyad. T_T

Esok tu, walaupon tak larat sebab sakit bawah sangat (kene jahit banyak sebab vacum), aku gigih jugak nak naik tengok anak. Papa sorong gune wheelchair. Alhamdulillah, Ziyad lahir semalm 7.01 petang, harini 10 pagi baru aku dapat jumpa die. Papa cakap, semalam banyak wayar kat badan die, sedih die tengok. Tapi harini die duduk dalam katil baby dah, dah kena bedung cantik dah. Papa cakap kalau ami tengok semalam mesti ami sedih. Ade hikmah kenape aku tak boleh bangun semalam. Mesti aku meroyan :p

Meleleh air mata dapat dukung die, tidur je kerjanya. Dah lah comel macam aku. Kikikiki. Aku try susukan die. Tapi die taknak, maybe sebab die nak tidur. Then nurse nampak, die cakap ibu susukan bayi ye, try kejutkan bagi die bangun. Then nurse bukak bedung die, bagi die bangun, die nangis, aku ambik then susukan. Tapi die tak pandai nak hisap. Die macam tak reti. Alaaa, meleleh air mata ami ni tau. Die macam taknak kat ami. Die dah bau tangan nurse kot. Die taknak kat ami die. Papa pujuk Ziyad pasangkan bedung balik then die tidur. Huwaa, sentap ami tauu.

Then aku gigih mengepam, Ziyad still kat wad baby lagi. Aku kat wad bersalin doctor dah bagi discaj, tapi Ziyad tak boleh lagi sebab bawah pemerhatian. Sebab die keluar melalui vacum, so kepala die agak lonjong, so doctor nak tengok lonjong tu surut ke tak. Pastu adelah perempuan menangis takmau tinggal anak die. Aku lah tuu. Giler nak tinggal. Sakit-sakit pon aku taknak tinggal anak aku. Pastu aku tanye wad baby, ade kekosongan ke tak, die kate takde. Huwaaa. Merembessan lah air mata aku ni. Pastu duduk termenung kat sofa, tetap taknak balik. Alhamdulillah rezeki aku, tetiba nurse panggil ade wad kosong sebab doctor baru discaj kan baby. So mak baby tu boleh bawak baby die balik. Hoyeah.

So, bermulalah aku bermalam bersama Ziyad kat situ. Ziyad lahir jumaat petang, kitorang tinggalkan hospital isnin petang. Ngeee. Tapi mencabar sungguh, susu aku langsung taknak keluar, Ziyad pon tak pandai hisap. So Ziyad terpaksa di beri susu FM. Tu pon nurse macam marah-marah sebab die cakap aku yang taknak bagi. Hoi gile ke, aku nak bagi tapi susu tak keluar camne, takkan nak bagi air kosong pulak. Huhuhu. Aku pam pon keluar tak sampai 1 oz. Apekah?? Mujurlah ade mak baby kat situ (orang indon) tolong aku. Die dah sebulan kat wad tu sebab anak die lahir pramatang. So die baik sangat. Die tolong urut nenen aku. Die sedih tengok aku menangis je anak tak dapat susu. Memula tu macam, seram lah nak bagi die urutkan nenen, tapi time tu papa cakap takpelah ami, try urut. Untuk makluman, laki aku pon dah macam duduk kat wad tu. Die ade je dalam wad tu, sampai semua orang kenal. Kikiki. Alhamdulillah, susu keluar dah. Tapi masalahnye Ziyad still tak pandai nak hisap. Maybe sebab nipple tak timbul, tenggelam. Dua-dua kot. Huhuhuhu. Alhamdulillah hari isnin tu da boleh discaj even kene datang checkup setiap hari untuk monitor kuning pulak. Bestnye dapat balik. Lepas bersalin, tak mandi tak berurut, bile dapat balik rasa legaa. Fuhhh.

Bermulalah episod nyusukan Ziyad. Disebabkan die tak boleh nak hisap, aku dok mengepam je. Yang jadi mangsa laki aku lah, die kene bangun panskan susu bile Ziyad melalak. Hihi. First time handle susu ibu. Tengah tidur, kene suruh panaskan susu, kadang-kadang terpanas lah pulak, kadang lambat pulak nak panas. Hahahha. Pening laki bini. Pastu mak mertua aku suruh gune puting botol tu letak kat nenen bagi Ziyad hisap. Wahhh, idea yang bagus. Pandai budak tu menyusu gune puting tipu. Tapi hygiene nak kene bagus. Setiap masa kene bawak air panas. Lagi-lagi kene bawak Ziyad checkup kuning. Die nangis je kene cuci puting tu dgn air panas baru boleh bagi die guna. Lawak pon ade. Ade tu kat klinik, dalam bilik penyusuan, memasing tengah nyusukan anak, aku dok pening carik puting kat mane. Sekali jumpe terus letak kat nenen, semua orang tengok. Then aku cakaplah anak tak reti hisap nenen direct, kene pakai puting tu. Huhuhuhu. 

Dah anak pandai puting tipu tu, aku di uji sekali lagi. Laki aku yang banyak tolong sane sini dapat projek kerja kat Brunei. Whatt. Pantang 19 hari aku dah kene tinggal. Sedih tau. Dalam pantang pergi hantar die ke KLIA. Huwaaa. Bertemankan air mata je la. Susu aku drop gila. Mak yang jaga aku. Tapi mak kerja. Kesian nak susahkan die memalam bangun tolong panaskan susu pam. Huhuhu. Time tu rase down sangat. Nak melayan kerenah anak, nipple problem, husband jauh. Huhuhu. Then luahkan kat husband, die cakap takpelah ami, bagi je lah susu FM. Jangan sedih-sedih. Kita masih ade jalan, bukan takde. Yup, aku beli jugak susu FM tu. Campur lah Ziyad. Sampailah Ziyad umur 5 bulan. Die campur susu FM dan susu ibu. Alhamdulillah, sihat walafiat anak ami. Tapi cabaran datang lagi, die syok sangat menyusu FM, sampai die dah taknak kat susu aku. Bile aku pam letak botol, bagi die, die taknak. Die nak muntah. Bile direct feeding die meronta-ronta taknak. Sedih tau ami. Huhuuu. Mencabarrr. At last, susu aku kering sekering nya. Dan Ziyad fully susu FM sebelum die 6 bulan lagi. Takpelah Ziyad rezeki awak nak minum susu lembu. Tu pon dah 2 jenis susu FM tukar. First susu Anmum, then tukar ke Enfagrow A+. Bab duit? Ami tak berkira sangat, sebab ami yang gagal nak susukan awak kan. Ami dan papa redha.

Fuhhhhh. Settle cerita Ziyad Amrizqi da penyusuan susu ibu.


Dan, semasa Ziyad 11 bulan, ami dapat rezeki mengandungkan Zahrain. Kalini masih same, ami masih lagi nekad nak susukan susu ibu untuk anak-anak ami. 

So time pregnantkan Zahrain tu aku study banyakkk pasal susu ibu. Pasal nipple problem, pasal nak handle susu, pasal jadual menepam dan sebagainye. Tapi cabaran tetap ada. Cuma masih boleh di atasi dengan jayanya. Alhamdulillah.

Lahir-lahir je Zahrain, die ade kat sisi ami, kat atas breast ami. Wahhh, syahdunye. Bersalin kan die macam betul-betul menikmati proses kelahiran. Husband di sisi, anak di sisi. Masuk wad same-same. Zahrain ade je dengan ami. Ami pon kuat nak angkat die. Satu je masalah, die tidur je manjang. Time suakan susu, die mot-mot je tapi tak hisap pon. Okay fine, die pon tak reti nak hisap nenen ami. Ape ke comel sangat mulut anak-anak ami ni, macam tak muat nak masuk nipple. Huhuhu. Bayangkan sedari die keluar, ami tak rase pon susu ami keluar. Rase basah-basah je. Memang kelakar mase nak discaj, doctor akan cek baby menyusu dulu baru discaj. Yang kelakar, Zahrain ni berlakon tau, die motmot je susu, tapi tak rase langsung die hisap. Kahkahkah. So doctor rase macam, okay baby pandai hisap susu, dah boleh balik. Wahhhh. Tau-tau je ami tengah rinduuu dendam dengan abang Ziyad. Tak sabar nak balik. Bersalin pukul 2.54 pagi, 12.30 tengahari tu dah discaj. Bahagianya. Tak payah duduk sepital lelame. Ngeee.

Bermulalah berpantang. Akhirnya, Zahrain berjaya menghisap susu jugak. Tapi bile die mula start nak menghisap tu die macam menggagau nak 'tangkap' nenen tu. Macam tak dapat nak masuk mulut die. Bayangkan macam katak nak tangkap lalat tu. Tak lepas-lepas. Ahahaha. Ape punye perumpamaan daaa.

Alhamdulillah, susu aku banyakkk. Rase macam hebattt sangat, dalam pantang aku dah boleh penuhkan freezer. Paling best, laki dengan mak aku kongsi duit belikan peti ais baru. Alhamdulillah. Rase macam ditiupkan kuasa ajaib untuk enjoy breastfeed. Syukur syukur. Zahrain pulak tak banyak karenah. Yela, anak menyusu susu ibu ni macam over sensitip, mak die tak boleh nak salah makan ke ape, kang kembung pulak perut baby. Tapi alhamdulillah, even lauk pantang tu kadang macam pedas sikit sebab bubuh lada hitam dan halia, tapi Zahrain still okay. 

Okay, lupe nak cerita, mase mengandung tu aku memang dah beli electric breast pum semi auto. Brand Pigeon. Aku memang excited nak BF, tu yang da beli awal-awal even tak tau bende tu sesuai ke tak. Cume time tu BP tu macam under budget aku. Alhamdulillah, memang sangat berguna. Bagus. Smooth jee.

Rase macam pantang kalini aku sangat enjoy, walaupon pantang kat rumah sendiri. Mak kerja. So taknak susahkan die. Tapi mak ade ambik cuti seminggu jaga aku. Pastu die kerja dah, then laki yang urus semua sebelum pergi kerja. Aku rase macam pantang kalini kuat walaupon kene jage abang baby sekali yang 'baik' sangat perangai die. Ahahha. Masih boleh dihandle. 

Aku direct feeding Zahrain dan mengepam ikut jadual. Dalam mase berpantang tu, aku ade ajar Zahrain gune Botol. First try botol Tommie Tippie tu. Die nak hisap kejap je. Pastu taknak dah. Die tak suka. Huhuhu. Mujur lah, ami mengalami masalah cuti bersalin dengan company then ami ambik keputusan resigned T_T. Walaupon company tu best, serba serbi best, tapi yang tak best, ami tak boleh nak sambung cuti lagi even tak habis confinement dan takde sesiapa nak jaga Zahrain. Sebab mak berhenti kerja bulan 9. So ami redha, berhenti kerja jalan terbaik. Walaupon sakitnye rasa tuhan je yang tahu. Tapi ade hikmah disebalik semuanya. Syukur Alhamdulillah.

Happy lah anak-anak ami tu, 24 jam dengan ami. Tapi dalam tak kerja tu, ade jugak cari kerja lain, ade lah dalam 4 kali interview tapi satu pon tak dapat :p. Ami dah tak hot kot. Kikikiki. Selama 4 bulan lah ami duduk rumah jaga Ziyad dan Zahrain. Kadang bagi stok susu guna botol jugak sebab takut expired. Tapi Zahrain ni memang tak suka botol. Die tak hisap pon botol tu. Sudahnye susu memang banyak kene buang. Untuk makluman sampai sekarang Zahrain masih tak reti guna botol wey. Pelik je die dengan puting botol tu.

Alhamdulillah ami dapat masuk kerje lagi kat company lama ami. So bermulalah kerja handle stok susu semua tu. Zahrain ni memang jenis tak suka susu dalam botol, so setiap kali hantar die pergi rumah mak, cume bekalkan 8oz je sehari. Yang mane aku asingkan setiap 2oz. So die ade 4 botol la. Itulah rutin aku setiap hari. Balik kerja, turunkan susu dari tempat beku ke bahagian bawah. Biasenye aku akan rendam sekali dengan air supaya susu tu betul-betul cair, dan esok pepagi aku terus tuang ke dalam 4 bijik botol. Biasenye 4 bijik botol ni takkan habis, so membuang je la kerjanya. Takpelah. Ziyad pulak taknak susu aku. Kire aku melebihi supply daripada demand lah. Disebabkan Zahrain ni tak suka botol, so setiap kali aku balik kerja, die memang pantang nampak aku. Maybe die nampak aku macam die nampak emas setinggi gunung kot. Kehkehkeh.

Jadual mengepam kat opis pon alhamdulillah okay. Pukul 10 pagi aku mengepam. Then rehat 12.30 pm aku pam lagi, dan pukul 4 pm aku mengepam lagi. Sehari 3 kali. Biasenye aku akan dapat 12oz dan paling banyak pernah sehari dpat 20 oz. Banyak kan. Tu yang kata, supply terlalu banyak. Masa memula tu aku ngepam kat bilik stor HR, diorang yang suruh. Memang bestlah, takde gangguan. Sampailah satu hari tu, klik aku cuti bersalin, so aku tak boleh nak selalu hilang pergi ngepam, sebab nanti takde sape nak cover. So aku decide, mengepam je kat workdesk aku. Alhamdulillah boss aku bagi, die tak kisah. Aku gune nursing cover. Sambil kerja sambil mengepam. Orang call pon aku dapat angkat. Nak limit pon aku boleh kirekan lagi. Ehehehhe. Syukur Alhamdulillah.

Perjalanan breastfeeding Zahrain ni macam banyak dipermudahkan. Maybe sebab aku tak putus-putus berdoa nak susukan Zahrain sampai 2 tahun. Cume kadang aku down giler bile die nak mengempeng je. Balik kerja kena hadap die je sampai sejam lebih. Kesian abang Ziyad, diabaikan. Tak boleh nak melayan die. Papa pulak jenis kerja balik lewat. Memang kesian lah. Kadang tu sampai je rumah, susukan Zahrain sambil menggigil sebab kelaparan. Paling sedih kadang terlepas solat Maghrib. Sobss. Part yang ni aku macam rase mencabar nya. Then aku pindah rumah mak aku. Okaylah, sebab kadang kelaparan sebab tak sempat nak masak, mak aku dah masak. Tapi yela, siang mak aku jage anak-anak aku, malam aku kurung diorang dalam bilik sebab nak bagi mak aku rest. Biaselah bebudak, ade je bende diorang nak.

Zahrain makin meningkat umur makin kuat mengempeng. Aku rase kadang melepek je lepas die BF. Lame, nak melayan posisi die yang tak boleh duduk diam lagi. Die kalau kat rumah, die tak suka menyusu sambil aku duduk, die nak aku baring, then die menyusu lah sesuka hati gaya die. Huwaaaa T_T. Bayangkan, aku sampai je rumah, parking kereta tak sempat nak letak beg, nak mandi die dah nangis-nangis nak susu. Sambil jerit-jerit. Kadang aku ignore je, tak layan, terus mandi. Memang die melalak lah. Yela, aku balik keja, busuk nak terkencing, nak bersihkan diri tu semua, tapi die sebok nak susu. Geram kengkadang ni. Rase down. Kalau die dah melalak tu, jangan haraplah aku nak mandi sedap-sedap. Sekadar basah satu badan je. rambut pon tak dan nak shampoo. Huhuhuhu. Sedih kan.

Tu belum lagi bile aku bangun tidur nak mandi pergi kerja, die dah jerit-jerit nangis sebab aku lepaskan susu die. Die kalau dah nangis macam tu jangan haraplah, sesiapa pon pujuk, memang tak jalan. Die memang nak nenen die jugak. pepagi dah menjerit kejutkan semua orang siap jiran sebelah sekali. :p Bertuah sangat si Zahrain ni.

Betullah orang cakap, bukan senang nak menjayakan penyusuan susu ibu ni. Jiwa hati kene kuat dan kental. Kadang-kadang rase down. Biar je die menangis sampai tertidur sebab aku tutup nenen dengan bantal. Kejam kan? Pastu die tido setengah jam je, pastu menggagau carik nenen jugak. Kebetulan company aku buat trip naik cruise 2D1N. Teringin nak pergi tapi risau sangat Zahrain nanti tak boleh tidor malam. Papa cakap pergilah ami, rehatkan diri tu. Setakat satu malam papa boleh handle. Cettt poyo je kan. Sekali tak jadi pulak trip tu. Cancel. Sudahnye memang sejak Zahrain lahir die tak pernah tak tidor malam tanpa aku. Memang tak pernah.

Ade satu mase tu, susu aku drop giler. Aku pam keluar sikit je. Aku ingat pam aku rosak. So aku beli pam baru. Brand Avent manual. Pon same je susu. Walaupon ade peningkatan, tapi sikit. Sekali rupenye aku period. Zahrain umur setahun 4 bulan baru period aku datang. Tu pasal susu drop. Then after tu okay dah. Syukur Alhamdulillah. Punyelah aku ingat pam rosak. Beli pam baru pon same, so aku ingat nenen aku yang rosak. Sekali nak period rupenye. Perghhh sangat. Bermalam siang aku fikir ape masalah. Makan dah banyak mcam bela saka. Tapi susu tu macam merajuk pulak. Hehehhe.

Alhamdulillah. Dah setahun 10 bulan dah Zahrain Anaqi ami tu. Makin kuat ngempeng. Garang semacam. Selalu buli abang. Ni ade lagi 2 bulan nak completekan 2 tahun. Tapi Zahrain ni dah makan memacam dah. Susu abang selalu jugak die bedal. Time aku suapkan Ziyad susu, die pon sibuk mintak. Sudahnye die lagi banyak minum susu abang daripada abang. Die kan suka buli Abang Ziyad. Hehehhe.

Rezeki nak tambah anak pon tak datang lagi. Memang Allah betul2 makbulkan doa aku nak BF 2 tahun. Sebab kalau aku pregnant lagi mesti aku tak larat nak melayan karenah mat ngempeng tu. Heheheh. Syukur Alhamdulillah.

Nanti anak-anak ami bace tau. Ami sentiasa nak yang terbaik untuk kamu-kamu semua. Tak pernah tak sayang okay.

Nukilan ami buat anak-anak~

Monday, 21 March 2016

Photobook Malaysia :)

Ami pon dah terjebakkkk dengan photobook. Hihihihihi.
 
Untuk anak-anak ade lah dalam 3 photobook dah siap. Yang lain semua client order. Client?? Haaa, jangan tak tahu, ami dah jadikan photobook ni as a business. Tu die. Pendapatan sampingan. Side Income katenye. Alhamdulillah rezeki.
 
Ni pon tak disangka-sangka. Adik ipar aku suruh buatkan photobook die. So, aku buatkanlah. Alih-alih die pergi post kat FB. Beramai-ramailah org PM die tanye macam mane nak buat, berapa harga tu semua. Sudahnye, hakakk ipar die ni dapatlah duit sikit-sikit. Time kat opis takde kerja kekdahnya, berabislah mase siapkan order customer. Alhamdulillah setakat ni kerja opis berjalan, kerja photobook pon berjalan. Hihihi.
 
Tapi setakat ni, buat yang size 6x6 tu je laa. sebab tak pernah try size lain. Plus size lain tu harga die macam mahaii sikit, so tak berani lah nak amik risiko lagi. Hihihi.
 
Nia antara koleksi photobook yang ami dah buat.
 
Ni buat anakanda ami.
 
*
*
*
*
 
 
Yang bawah ni semua client ami yang punye.
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sesiapa berminat boleh email ami okay
terima kasih.